Akhirnya terjawab sudah gosip-gosip mengenai hubungan cinta yang terjalin diantara Yuna dan Qi sebelum ini.. Ternyata mereka berdua memang sedang dilamun cinta.. Tahniah sy ucapkan kepada Yuna dan Qi.. pengesahan percintaan mereka berdua dinyatakan melalui status relationship mereka berdua di facebook baru-baru ini..Status yang berbunyi “Qi Razali is in relationship with Yuna Zaraai” jelas menunjukan yang mereka berdua memang sedang bercinta dan sy rasa dengan munculnya status tu, jelas menunjukan yang Yuna dan Qi sudah bersedia untuk memberi tahu kepada umum yang mereka berdua kini sedang hangat bercinta..
sy harap hubungan percintaan mereka berdua kekal sehingga ke jinjang pelamin hendaknya..

Malang tidak berbau, Itu lah yang terjadi dekat Ainul Aishah yang mengalami kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) pada petang Selasa lalu.. Kemalangan berpunca akibat Ainul Aishah yang tergesa-gesa mahu pulang ke rumah selepas selesai menjalani satu pengambaran hanya untuk menonton drama lakonanya sahaja…
Wah, adakah Khairy Jamaluddin ni dah bersara jadi ahli politik dan kini beralih arah menjadi seorang model?.. Terkejut juga bila tengok gambar ni.. Tapi rupa-rupanya bukan la.. Khairy Jamaluddin masih lagi menjadi seorang ahli politik, cuma mungkin ini caranya beliau menyokong industri fashion batik Malaysia.. Khairy Jamaluddin dan isterinya mengayakan batik rekaan Khalid Shamsudin untuk piala seri endon 2010 yang berlansung baru-baru ini…


Akhirnya kemelut Pasangan juara program Sehati Berdansa musim ketiga Sean Ruffedge dan Nana berakhir juga dengan penceraian.. Sean dan Nana sudah pun sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.. Penceraian Sean dan Nana dilakukan secara baik setelah mereka berdua gagal menyelamatkan masaalah rumah tangga yang membelengu mereka berdua..
Tahniah buat Diana Rafar dan Zamarul Hisham yang baru sahaja menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga barunya.. Diana Rafar telah selamat melahirkan anak lelaki seberat 2.9kg pada 29.10.2010 jam 3.30 petang di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam… Diana Rafar dan anak lelakinya kini berada dalam keadaan sihat setelah melahirkan baby boy secara Normal…