Tuesday, March 15, 2011

gosip artis terhangat Yuna dan Qi sah sedang bercinta

March, 2011
Akhirnya terjawab sudah gosip-gosip mengenai hubungan cinta yang terjalin diantara Yuna dan Qi sebelum ini.. Ternyata mereka berdua memang sedang dilamun cinta.. Tahniah sy ucapkan kepada Yuna dan Qi.. pengesahan percintaan mereka berdua dinyatakan melalui status relationship mereka berdua di facebook baru-baru ini..

Status yang berbunyi “Qi Razali is in relationship with Yuna Zaraai” jelas menunjukan yang mereka berdua memang sedang bercinta dan sy rasa dengan munculnya status tu, jelas menunjukan yang Yuna dan Qi sudah bersedia untuk memberi tahu kepada umum yang mereka berdua kini sedang hangat bercinta..
sy harap hubungan percintaan mereka berdua kekal sehingga ke jinjang pelamin hendaknya..

Monday, February 28, 2011

gosip artis terhangat : Ainul Aishah Kemalangan akibat nak tengok drama lakonan sendiri

ainul aishahMalang tidak berbau, Itu lah yang terjadi dekat Ainul Aishah yang mengalami kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) pada petang Selasa lalu.. Kemalangan berpunca akibat Ainul Aishah yang tergesa-gesa mahu pulang ke rumah selepas selesai menjalani satu pengambaran hanya untuk menonton drama lakonanya sahaja…
“Selepas penggambaran saya berkejar untuk pulang segera untuk menonton episod cerita tersebut, tetapi malangnya ketika itu jalan raya agak sesak.
“Saya tidak perasan sebuah kereta jenis BMW berada di hadapan saya dan melanggar kereta tersebut. Ketika kemalangan itu apa yang saya terfikir ialah tak dapat menonton cerita lakonan saya sahaja”
Akibat tergesa-gesa di jalan raya, Akhirnya Ainul Aishah tidak dapat menonton drama lakonanya sendiri dan kereta Honda City nya rosak teruk dibahagian bonet depan.. Apa-apa pun Ainul Aishah tidak mengalami sebarang kecederaan, cuma trauma sikit je.. saya harap Ainul Aishah lebih berhati-hati lagi selepas ini.. Biar la lambat asalkan selamat…
kereta ainul aishah mengalami kemalangan jalan raya
kereta ainul aishah yang rosak akibat kemalangan jalan raya

Wednesday, February 23, 2011

Diana Danielle sah putus cinta dengan Farid Kamil(gosip artis terhangat)

Sedang kita dihangatkan dengan kisah perpisahan Fasha Sandha dan Jejai, Kini timbul pula cerita yang Diana Danielle juga sudah berpisah dengan Farid Kamil.. Kisah putus cinta Diana Danielle dengan Farid Kamil ni bermula apabila tweet daripada @cuitsikit membuatkan ramai orang tertanya-tanya kesahihan cerita tersebut..

Tweet yang berbunyi “Farid Kamil dah dump Diana Danielle! LoL. Deserves her right!” membuat ramai orang tertanya-tanya adakah benar gosip yang diperkatan itu.. Tapi akhirnya Diana Danielle sendiri telah membuat pengakuan melalui ohbulan yang mereka sememangnya sudah putus cinta dan Diana Danielle menegaskan punca perpisahan mereka tiada kena-mengena dengan orang ke-3..
“Saya dah buat keputusan untuk putus dgn Farid Kamil. FYI, saya tegaskan, tiada orang ke-3, tiada sebab-sebab “luar” & terlalu personal untuk dibincangkan.”
saya harap Diana Danielle dan Farid Kamil tabah menghadapi dugaan ini.. Tapi kami rasa apa ada hal kalau mereka berdua ni putus pun.. kedua-duanya sedang hot sekarang ni.. sekali petik jari, beribu-ribu yang datang..
gosip diana danielle putus cinta

Monday, February 21, 2011

gosip artis terhangat,,Bila Khairy Jamaluddin dan isteri jadi model catwalk

8 December, 2010
Wah, adakah Khairy Jamaluddin ni dah bersara jadi ahli politik dan kini beralih arah menjadi seorang model?.. Terkejut juga bila tengok gambar ni.. Tapi rupa-rupanya bukan la.. Khairy Jamaluddin masih lagi menjadi seorang ahli politik, cuma mungkin ini caranya beliau menyokong industri fashion batik Malaysia.. Khairy Jamaluddin dan isterinya mengayakan batik rekaan Khalid Shamsudin untuk piala seri endon 2010 yang berlansung baru-baru ini…

Bolah tahan juga Khairy Jamaluddin ni jadi model catwalk kan.. Nanti kalau dah bersara jadi ahli politik boleh la buat catwalk pula.. apa-apa pun jom kita layan gambar Khairy Jamaluddin dan isterinya buat catwalk untuk piala seri endon 2010 ni…
Khairy Jamaluddin buat catwalk
Khairy Jamaluddin ketua pemuda umno
Khairy Jamaluddin ketua pemuda umno buat catwalk
Khairy Jamaluddin dan isteri

Tuesday, February 8, 2011

gosip artis terhangat : Sean dan Nana bercerai talak satu juga akhirnya

Akhirnya kemelut Pasangan juara program Sehati Berdansa musim ketiga Sean Ruffedge dan Nana berakhir juga dengan penceraian.. Sean dan Nana sudah pun sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.. Penceraian Sean dan Nana dilakukan secara baik setelah mereka berdua gagal menyelamatkan masaalah rumah tangga yang membelengu mereka berdua..

Bertambah lagi la koleksi artis-artis yang bercerai setelah menyertai program Sehati Berdansa ni.. MyGosip harap Sean dan Nana tabah mengahadapi dugaan ni.. Bila dah bercerai tu tanggungjawab dekat anak-anak jangan la buat-buat lupa pulak selepas ni… Sean dan Nana mempunyai dua orang anak, seorang lelaki dan seorang lagi perempuan..
sean dan nana bercerai talak satu
original image by kagoimage

Sunday, February 6, 2011

Gambar anak Diana Rafar dan Zamarul Hisham

ovember, 2010
Tahniah buat Diana Rafar dan Zamarul Hisham yang baru sahaja menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga barunya.. Diana Rafar telah selamat melahirkan anak lelaki seberat 2.9kg pada 29.10.2010 jam 3.30 petang di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam… Diana Rafar dan anak lelakinya kini berada dalam keadaan sihat setelah melahirkan baby boy secara Normal…

Buat masa sekarang nama anak lelaki Diana Rafar ni masih lagi belum diketahui.. Mungkin dia tak jumpa nama yang sesuai lagi kot.. Nanti kalau kami dah dapat tahu nama anaknya kami akan update kat sini…
Untuk pengetahuan korang.. ini adalah anak pertama buat Diana Rafar tetapi anak yang ke-3 buat Zamarul.. kerana sebelum ini Zamarul ada 2 orang anak hasil perkahwinan dengan isteri sebelumnya…
saya harap Diana Rafar dan Zamarul Hisham akan mendidik anak lelakinya ni dengan baik.. apa-apa pun jom kita layan Gambar anak Diana Rafar dan Zamarul Hisham yang comel ni…
anak diana rafar dan zamarul hisham

Tuesday, January 25, 2011

gambar anak nana

Tahniah buat Diana Rafar dan Zamarul Hisham yang baru sahaja menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga barunya.. Diana Rafar telah selamat melahirkan anak lelaki seberat 2.9kg pada 29.10.2010 jam 3.30 petang di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam… Diana Rafar dan anak lelakinya kini berada dalam keadaan sihat setelah melahirkan baby boy secara Normal…

Buat masa sekarang nama anak lelaki Diana Rafar ni masih lagi belum diketahui.. Mungkin dia tak jumpa nama yang sesuai lagi kot.. Nanti kalau kami dah dapat tahu nama anaknya kami akan update kat sini…
Untuk pengetahuan korang.. ini adalah anak pertama buat Diana Rafar tetapi anak yang ke-3 buat Zamarul.. kerana sebelum ini Zamarul ada 2 orang anak hasil perkahwinan dengan isteri sebelumnya…
saya harap Diana Rafar dan Zamarul Hisham akan mendidik anak lelakinya ni dengan baik.. apa-apa pun jom kita layan Gambar anak Diana Rafar dan Zamarul Hisham yang comel ni…
anak diana rafar dan zamarul hisham

Wednesday, January 19, 2011

Gambar Julie Woon bercium dengan kaum sejenis tersebar

Gambar Julie Woon yang bercium dengan kaum sejenis ni telahpun tersebar ke alam maya baru-baru ini, Terkejut sekejap MyGosip tengok gambar ni.. Tertanya-tanya juga kami adakah Julie Woon ni seorang lesbian.. Tapi dia pernah je bercinta dengan lelaki sebelum ni.. Julie Woon sudahpun memberikan respon mengenai gambar cium dia dengan kaum sejenis ni.. Jom kita baca apa kata Julie Woon…
“Apa-apa pun diakui itu adalah saya dan gambar tersebut diambil ketika di zaman sekolah. Ia berlaku secara tidak langsung dan suka-suka sahaja bersama kawan-kawan wanita saya. Di sini saya ingin menegaskan yang saya bukan lesbian”
“Kerana gambar itu juga, saya sudah dicop sebagai wanita lesbian dan ramai wanita lesbian yang mula menghantar SMS kepada saya,”
“Saya pun tak tahu apa yang saya fikirkan ketika perkara itu berlaku kerana ia agak melampau walaupun ia sekadar suka-suka sahaja.
“Perkara itu membuatkan saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang baik dari segi pemakaian, percakapan serta cara pengambilan gambar kerana sebagai seorang selebriti, masyarakat akan melihat baik buruk saya”. (Petikan diambil dari Mstar online)
Tambah Julie Woon lagi.. dia menyesal dengan perbuatanya dahulu dan dia akan lebih berhati-hati lagi di masa hadapan..
Apa-apa pun MyGosip respect kat Julie Woon ni.. Dia mengaku dan menyesal dengan perbuatan dia.. Tak macam sesetengah artis tu.. mesti cakap ni gambar superimpose.. huhuhuhuhu.. Lu Pikir La Sendiri..

Thursday, January 13, 2011

gosip artis terhangat/Adakah Angelina anak luar nikah watie?

Agak terkejut bila kami menonton Melodi tadi apabila ada seorang budak perempuan, yang dikenali sebagai Angelina mengaku yang dia adalah anak luar nikah kepada seorang artis wanita.. Angelina yang kini berumur 15 tahun juga sanggup melakukan ujian Dna bagi memastikan yang artis tersebut sememangnya ibu kandung dia..

Menurut Angelina, beliau hanya dijaga beberapa hari sahaja oleh ibu kandungnya selepas dilahirkan dan kemudianya dia diserahkan kepada ibu angkatnya, Angelina dilahirkan pada 23.11.1996 tetapi disebabkan kelewatan ibu angkatnya membuat surat beranak, Tarikh lahir Angelina telah menjadi 21.02.1997.. Angelina hanya mengetahui perkara sebenar mengenai ibu kandungnya adalah seorang artis popular pada 6.08.2010.. Dan baru sekarang Angelina muncul di melodi kerana ibu kandungnya seakan-akan tidak menghiraukan kewujudanya..
MyGosip masih lagi tidak tahu siapakah artis yang dikatakan ibu kandung kepada Angelina ni.. Tapi ada gosip-gosip panas mengatakan yang artis tu adalah Watie.. Gosip panas ini muncul apabila ramai yang mengatakan  gambar yang dikaburkan oleh melodi tu seiras-iras muka watie… Malah apa yang menguatkan gosip ni, apabila gambar teman lelaki terbaru artis tersebut turut ditayangkan… Ditambah lagi dengan credit kepada wartawan apabila melodi tamat ada menunjukan title “Anak Watie?”..
Tetapi kita jangan lah cepat melatah dengan menunding jari terus kepada watie.. Mungkin juga Angelina hanya membuat-buat cerita.. Tiada siapa yang tahu kan.. Jadi sama-sama la kita tunggu kenyataan daripada watie sendiri sebelum kita membuat kesimpulan…

Saturday, January 8, 2011

Mohd Faizal Yusup meninggal dunia akibat sakit jantung

berita mengejutkan tentang faizal yusup


Pelakon dan juga bekas suami Siti Nurdiana, Mohd Faizal Yusup telah disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.45 petang semalam di Pusat Rawatan Islam Pusrawi akibat serangan jantung.. Allahyarham Mohd Faizal meninggalkan seorang anak lelaki hasil perkahwinanya dengan Siti Nurdiana sebelum ini dan juga seorang isteri barunya yang kini sedang hamil 5 bulan..


Serangan jantung berlaku ketika Mohd Faizal dikatakan tiba-tiba rebah semasa berada di bilik air rumahnya di Sentul. Mohd Faizal kemudianya dikejarkan ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.. Sebaik sampai di Pusrawi, Faizal terus dimasukkan ke ICU dan dia sempat bertemu dengan anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2 tahun yang dibawa oleh Nana.. Selepas beberapa jam, Doktor mengesahkan yang Mohd Faizal sudah pun meninggal dunia akibat masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat..
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan hari ini (Ahad) di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi ini..
saya ingin mengucapkan salam Takziah buat keluarga dan sahabat Allahyarham Mohd Faizal.. saya berharap isteri Allahyarham yang dikatakan sedang hamil 5 bulan, bersabar dengan pemergian secara mengejut Allahyarham ni…
Buat semua pembaca di blog ini, sama-sama la kita menghadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Faizal, semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang beriman oleh Allah S.W.T.
Al-Fatihah…..

Friday, January 7, 2011

gosip artis terhangat kini

Hafiz AF7 kemalangan jalan raya di Penchala Link

Hafiz AF7 dengarnya mengalami kemalangan jalan raya pada hari Isnin yang lalu di Lebuh Raya Penchala selepas dia baru sahaja selesai dari rehearsal untuk Anugerah Juara Lagu (AJL).. Hafiz AF7 bernasib baik kerana dia selamat dan hanya mengalami cedera ringan di bahagian kepala sahaja.. Buat peminat Hafiz AF7, anda jangan risau.. kerana Hafiz AF7 tetap akan berentap untuk final AJL tidak lama lagi ni..

Hafiz yang memandu kereta jenis Honda Accord telah menceritakan keadaan semasa kemalangan tu berlaku kepada media.. Jom kita baca apa yang terjadi sebenarnya…
“Waktu kejadian berlaku, saya dalam perjalanan pulang ke rumah (Damansara) dari rehearsal untuk Anugerah Juara Lagu (AJL). Saya akui saya memandu sangat lagu waktu itu kerana ingin pulang ke rumah cepat. Ketika berada di lane laju tiba-tiba saya berdepan dengan kereta yang bergerak dengan sangat perlahan.”
“Bagi mengelak untuk terus berlanggar dengan kereta itu saya pun terus membuat emergency break dan memusing steering kereta dengan cepat. Tindakan itu telah menyebabkan kereta saya berpusing-pusing dan terus merempuh pokok dan tiang lampu jalan yang berhampiran. Dengan kuasa Tuhan, nasib saya baik kerana hanya bahagaian depan kereta sahaja yang berlanggar dan bukan bahagian tempat memandu.”
Hafiz AF7 kemudianya dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara dan doktor mengatakan tiada kecederaan serius dialami cuma kecederaan dibahagian leher akibat hentakan yang kuat sahaja..
saya harap selepas ini Hafiz AF7 lebih berhati-hati lagi dijalan raya.. Jangan kerana nak sampai ke rumah dengan cepat, kita sampai ke hospital pula.. Apa-apa pun saya harap Hafiz AF7 berjaya dalam Final AJL yang akan berlangsung beberapa hari je lagi ni…

gosip artis terhangat kini

  Hafiz AF7 kemalangan jalan raya di Penchala Link

 Hafiz AF7 dengarnya mengalami kemalangan jalan raya pada hari Isnin yang lalu di Lebuh Raya Penchala selepas dia baru sahaja selesai dari rehearsal untuk Anugerah Juara Lagu (AJL).. Hafiz AF7 bernasib baik kerana dia selamat dan hanya mengalami cedera ringan di bahagian kepala sahaja.. Buat peminat Hafiz AF7, anda jangan risau.. kerana Hafiz AF7 tetap akan berentap untuk final AJL tidak lama lagi ni..


Hafiz yang memandu kereta jenis Honda Accord telah menceritakan keadaan semasa kemalangan tu berlaku kepada media.. Jom kita baca apa yang terjadi sebenarnya…
“Waktu kejadian berlaku, saya dalam perjalanan pulang ke rumah (Damansara) dari rehearsal untuk Anugerah Juara Lagu (AJL). Saya akui saya memandu sangat lagu waktu itu kerana ingin pulang ke rumah cepat. Ketika berada di lane laju tiba-tiba saya berdepan dengan kereta yang bergerak dengan sangat perlahan.”
“Bagi mengelak untuk terus berlanggar dengan kereta itu saya pun terus membuat emergency break dan memusing steering kereta dengan cepat. Tindakan itu telah menyebabkan kereta saya berpusing-pusing dan terus merempuh pokok dan tiang lampu jalan yang berhampiran. Dengan kuasa Tuhan, nasib saya baik kerana hanya bahagaian depan kereta sahaja yang berlanggar dan bukan bahagian tempat memandu.”
Hafiz AF7 kemudianya dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara dan doktor mengatakan tiada kecederaan serius dialami cuma kecederaan dibahagian leher akibat hentakan yang kuat sahaja..
saya harap selepas ini Hafiz AF7 lebih berhati-hati lagi dijalan raya.. Jangan kerana nak sampai ke rumah dengan cepat, kita sampai ke hospital pula.. Apa-apa pun saya harap Hafiz AF7 berjaya dalam Final AJL yang akan berlangsung beberapa hari je lagi ni…

Wednesday, January 5, 2011

Memekk Suhaiza Suhaimi kecewa

Pelakon Memey Suhaiza atau nama sebenar Suhaiza Suhaimi kecewa dengan tindakan bekas isteri tunangnya, Abby Abadi yang menjadikan laman sosial Facebook untuk menyerangnya secara peribadi.

Dalam status Facebook milik Abby yang dihantar pada Isnin, Abby meluahkan perasaan marah apabila panggilan telefonnya kepada Norman Hakim untuk berurusan mengenai anak mereka yang hendak ke sekolah pada hari pertama persekolahan pada tahun ini dijawab oleh Memey.

Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk mereka tinggal serumah.

“Salahkah saya jawab panggilan telefon bagi pihak tunang saya? Saya bukan buat salah besar sehingga dia hendak marahkan saya sampai macam tu sekali? Saya terkejut dengan tindakan Abby selepas dimaklumkan oleh seseorang ketika tiba di lokasi penggambaran.

“Nak ikutkan secara logik, ia bukan isu besar dan Abby tergamak menulis sebegitu rupa dalam Facebook sehingga ia boleh ditatap oleh ramai orang,” katanya kepada mStar Online, Isnin.

Menurut Memey, ketika telefon tersebut berbunyi dia tidak menyedari ia panggilan daripada Abby kerana tidak tertera nama pemangil. Menurutnya, tindakan tersebut juga telah menimbulkan persepsi buruk segelintir masyarakat terhadapnya.

“Saya mahu buka buku baru untuk tahun ini, tapi dia mulakan dengan buat persepsi buruk terhadap saya. Perkara ini juga melibatkan maruah saya.

“Saya malas mahu besarkan keadaan dan saya hanya nasihatkan agar dia fikirkan dahulu sesuatu perkara secara rasional,” katanya.Tambah Memey, dia berharap untuk tahun baru 2011 ini tiada lagi sengketa antara dia dan pelakon tersebut.

“Saya tahu dia tidak suka saya, diantara kami memang tidak boleh berbaik tapi tolonglah jangan timbulkan sebarang sengketa,” katanya.

Dalam pada itu, Memey turut mengakui terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Norman pada penghujung tahun ini.

“Sepatutnya kami merancang untuk berkahwin pada 8 Januari ini tetapi tidak sempat untuk buat persiapan. Selepas bertunang banyak rezeki yang datang terutama tawaran untuk berlakon bersama Norman.

“Insya-Allah beberapa tarikh telah dipilih pada penghujung tahun ini tapi mungkin juga ia akan dilakukan lebih awal iaitu pertengahan tahun ini jika kami berdua sudah bersedia,” katanya yang sedang membuat penggambaran drama Bola Cinta musim kedua.

Sumber: Mstar Online


momod klu dah ada tutup erkkkk....

Monday, January 3, 2011

KISAH KAK ABBY

Mengapa Dengan Kak Abby?

Memang agak terkejut bila kami baca status update daripada Abby Abadi ni di facebook.. Terdetik di hati kecil
 kami… apa nak jadi sekarang ni..Mereka tu tak reti nak insaf ke.. Takkan tidak serik lagi bila dah kena tangkap basah sebelum ni.. Tidak perlu la kami sebut siapa kah artis tu.. rasanya semua orang sudah sedia maklum.. siapa lagi lelaki dan perempuan gatal yang merampas kebahagiaan Abby Abadi ni, kalau bukan mereka berdua..

Mungkin undang-undang kat Malaysia ni belum cukup kuat untuk menghalang mereka berdua terus melakukan perkara terkutuk tu.. Apa yang merisaukan kami, takut anak-anak mereka salah faham dengan tindakan papanya sendiri.. siapa nak jawab bila anak mereka kata belum bernikah pun boleh tinggal serumah!..
hmm kami harap Abby Abadi tabah menghadapi dugaan ni..dunia ni sememangnya penuh dengan cabaran dan dugaan..bersabar jela..