berita mengejutkan tentang faizal yusup
Pelakon dan juga bekas suami Siti Nurdiana, Mohd Faizal Yusup telah disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.45 petang semalam di Pusat Rawatan Islam Pusrawi akibat serangan jantung.. Allahyarham Mohd Faizal meninggalkan seorang anak lelaki hasil perkahwinanya dengan Siti Nurdiana sebelum ini dan juga seorang isteri barunya yang kini sedang hamil 5 bulan..
Serangan jantung berlaku ketika Mohd Faizal dikatakan tiba-tiba rebah semasa berada di bilik air rumahnya di Sentul. Mohd Faizal kemudianya dikejarkan ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.. Sebaik sampai di Pusrawi, Faizal terus dimasukkan ke ICU dan dia sempat bertemu dengan anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2 tahun yang dibawa oleh Nana.. Selepas beberapa jam, Doktor mengesahkan yang Mohd Faizal sudah pun meninggal dunia akibat masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat..
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan hari ini (Ahad) di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi ini..
saya ingin mengucapkan salam Takziah buat keluarga dan sahabat Allahyarham Mohd Faizal.. saya berharap isteri Allahyarham yang dikatakan sedang hamil 5 bulan, bersabar dengan pemergian secara mengejut Allahyarham ni…
Buat semua pembaca di blog ini, sama-sama la kita menghadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Faizal, semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang beriman oleh Allah S.W.T.
Al-Fatihah…..

No comments:
Post a Comment