Monday, February 28, 2011

gosip artis terhangat : Ainul Aishah Kemalangan akibat nak tengok drama lakonan sendiri

ainul aishahMalang tidak berbau, Itu lah yang terjadi dekat Ainul Aishah yang mengalami kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) pada petang Selasa lalu.. Kemalangan berpunca akibat Ainul Aishah yang tergesa-gesa mahu pulang ke rumah selepas selesai menjalani satu pengambaran hanya untuk menonton drama lakonanya sahaja…
“Selepas penggambaran saya berkejar untuk pulang segera untuk menonton episod cerita tersebut, tetapi malangnya ketika itu jalan raya agak sesak.
“Saya tidak perasan sebuah kereta jenis BMW berada di hadapan saya dan melanggar kereta tersebut. Ketika kemalangan itu apa yang saya terfikir ialah tak dapat menonton cerita lakonan saya sahaja”
Akibat tergesa-gesa di jalan raya, Akhirnya Ainul Aishah tidak dapat menonton drama lakonanya sendiri dan kereta Honda City nya rosak teruk dibahagian bonet depan.. Apa-apa pun Ainul Aishah tidak mengalami sebarang kecederaan, cuma trauma sikit je.. saya harap Ainul Aishah lebih berhati-hati lagi selepas ini.. Biar la lambat asalkan selamat…
kereta ainul aishah mengalami kemalangan jalan raya
kereta ainul aishah yang rosak akibat kemalangan jalan raya

Wednesday, February 23, 2011

Diana Danielle sah putus cinta dengan Farid Kamil(gosip artis terhangat)

Sedang kita dihangatkan dengan kisah perpisahan Fasha Sandha dan Jejai, Kini timbul pula cerita yang Diana Danielle juga sudah berpisah dengan Farid Kamil.. Kisah putus cinta Diana Danielle dengan Farid Kamil ni bermula apabila tweet daripada @cuitsikit membuatkan ramai orang tertanya-tanya kesahihan cerita tersebut..

Tweet yang berbunyi “Farid Kamil dah dump Diana Danielle! LoL. Deserves her right!” membuat ramai orang tertanya-tanya adakah benar gosip yang diperkatan itu.. Tapi akhirnya Diana Danielle sendiri telah membuat pengakuan melalui ohbulan yang mereka sememangnya sudah putus cinta dan Diana Danielle menegaskan punca perpisahan mereka tiada kena-mengena dengan orang ke-3..
“Saya dah buat keputusan untuk putus dgn Farid Kamil. FYI, saya tegaskan, tiada orang ke-3, tiada sebab-sebab “luar” & terlalu personal untuk dibincangkan.”
saya harap Diana Danielle dan Farid Kamil tabah menghadapi dugaan ini.. Tapi kami rasa apa ada hal kalau mereka berdua ni putus pun.. kedua-duanya sedang hot sekarang ni.. sekali petik jari, beribu-ribu yang datang..
gosip diana danielle putus cinta

Monday, February 21, 2011

gosip artis terhangat,,Bila Khairy Jamaluddin dan isteri jadi model catwalk

8 December, 2010
Wah, adakah Khairy Jamaluddin ni dah bersara jadi ahli politik dan kini beralih arah menjadi seorang model?.. Terkejut juga bila tengok gambar ni.. Tapi rupa-rupanya bukan la.. Khairy Jamaluddin masih lagi menjadi seorang ahli politik, cuma mungkin ini caranya beliau menyokong industri fashion batik Malaysia.. Khairy Jamaluddin dan isterinya mengayakan batik rekaan Khalid Shamsudin untuk piala seri endon 2010 yang berlansung baru-baru ini…

Bolah tahan juga Khairy Jamaluddin ni jadi model catwalk kan.. Nanti kalau dah bersara jadi ahli politik boleh la buat catwalk pula.. apa-apa pun jom kita layan gambar Khairy Jamaluddin dan isterinya buat catwalk untuk piala seri endon 2010 ni…
Khairy Jamaluddin buat catwalk
Khairy Jamaluddin ketua pemuda umno
Khairy Jamaluddin ketua pemuda umno buat catwalk
Khairy Jamaluddin dan isteri

Tuesday, February 8, 2011

gosip artis terhangat : Sean dan Nana bercerai talak satu juga akhirnya

Akhirnya kemelut Pasangan juara program Sehati Berdansa musim ketiga Sean Ruffedge dan Nana berakhir juga dengan penceraian.. Sean dan Nana sudah pun sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.. Penceraian Sean dan Nana dilakukan secara baik setelah mereka berdua gagal menyelamatkan masaalah rumah tangga yang membelengu mereka berdua..

Bertambah lagi la koleksi artis-artis yang bercerai setelah menyertai program Sehati Berdansa ni.. MyGosip harap Sean dan Nana tabah mengahadapi dugaan ni.. Bila dah bercerai tu tanggungjawab dekat anak-anak jangan la buat-buat lupa pulak selepas ni… Sean dan Nana mempunyai dua orang anak, seorang lelaki dan seorang lagi perempuan..
sean dan nana bercerai talak satu
original image by kagoimage

Sunday, February 6, 2011

Gambar anak Diana Rafar dan Zamarul Hisham

ovember, 2010
Tahniah buat Diana Rafar dan Zamarul Hisham yang baru sahaja menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga barunya.. Diana Rafar telah selamat melahirkan anak lelaki seberat 2.9kg pada 29.10.2010 jam 3.30 petang di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam… Diana Rafar dan anak lelakinya kini berada dalam keadaan sihat setelah melahirkan baby boy secara Normal…

Buat masa sekarang nama anak lelaki Diana Rafar ni masih lagi belum diketahui.. Mungkin dia tak jumpa nama yang sesuai lagi kot.. Nanti kalau kami dah dapat tahu nama anaknya kami akan update kat sini…
Untuk pengetahuan korang.. ini adalah anak pertama buat Diana Rafar tetapi anak yang ke-3 buat Zamarul.. kerana sebelum ini Zamarul ada 2 orang anak hasil perkahwinan dengan isteri sebelumnya…
saya harap Diana Rafar dan Zamarul Hisham akan mendidik anak lelakinya ni dengan baik.. apa-apa pun jom kita layan Gambar anak Diana Rafar dan Zamarul Hisham yang comel ni…
anak diana rafar dan zamarul hisham